Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga hari yang dilalui sentiasa memberikan kemanisan pada kita. Kemanisan yg dirasa kerana tenangnya diri ketika menghadapi ujian illahi. Allah
yg menciptakan kita sudah selayaknya menyayangi kita, melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya..Hatta, kasih sayang manusia bisa hilang walaupun terhadap anak kandungnya sendiri. Jikalau tidak masakan sanggup sesetengah ibu bapa yang melonggokkan anaknya didalam tong sampah..Paling sedih hingga sampai membuang anak kecil ke dalam air. Astaghafirullah al azim..Semoga Allah
sentiasa mencampakkan rasa kasih sayang kedalam hati kita. Aamin
Pernahkah kita semua merasa apa yang kita lalui ini adalah aturan hidup? Terhasil dari doa yang kita panjatkan saban waktu. Kita sering meminta itu dan ini pada Allah
, kita ingin berjaya dalam hidup atau dalam peperiksaan contohnya. Dalam masa yang sama juga kita ingin berjaya di akhirat. Lalu bermcam-macam perkara lah yang dilonggokkan depan mata kita. Percayalah semua itu tidak sia-sia melainkan kerana Allah
telah merancangkannya buat kamu. Cuma terkadang kita yang tidak dapat menghayatinya dengan mata hati.
Sometimes, i feel like that too. Berserabut memikirkan sesuatu perkara dan rasa terganggu kerananya. Namun bila kita cuba meredakan diri dan berfikir secara rasional, ianya bukanlah sesuatu yang menserabutkan fikiran. Ingatlah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Lately, rasa rindu yang amat sangat..Rindu pada suasana sekeliling yang dihujani dengan kasih sayang, terhasil daripada kesuburan iman di hati masing-masing. Tidak tahu juga bagaimana utk menafsirkan perasaan tersebut. Mungkin kerana daku seorg wanita, punya pelbagai perasaan dan inginkan seorang teman utk diajak bersembang. Kesibukan yang melanda membuatkan manusia lupa hak ukhwah yang perlu ditunaikan.
Allah
tahu apa yang terbuku dihatiku, lalu menghantar seorang ukhti yang disayangi yang sangat memahami apa yg dihadapi oleh sang hati. Kata2nya sungguh mengharukan hatiku. Mengingatkanku bahawa kasih sayang Allah
abadi dan tidak terbatas. Hampir saja ku terlupa, dikala sedih Allah
lah yang telah memujuk hati ini, ketika ku keseorangan, Allah
lah yang sentiasa disisi menemani, makan minum ku Allahlah yang beri..Tidak pernah pun Dia biarkan ku merempat dan sedih sendiri….Allah :’(
Ketika hati tenang dan teguh, pastinya keimanan akan bertambah…Allah
is always there to send down His love. Kasih sayang makhluk kerana sayang kita pada Allah
. Ketika Allah
mencintai hambaNya dihebohkanNya la pada seluruh makhlukNya..sehingga terasa lah kasih sayang yang merebak disekeliling kita
Teruslah memberi tanpa mengharap kembali. Kerna tidak semua pemberian itu dikembalikan dalam bentuk yang sama. Bisa jadi ia diberikan dalam bentuk doa, ya tanpa kita sedari, diri kita muncul diingatan sahabat-sahabat kita dan mereka pun mendoakan kita..
Never miss an opportunity to put smile on someone’s face
Salam ukhwah,
AlFaruq,
HumairaAsSolehah <3
p/s: Salam rindu buat sahabat-sehabat semuanya yang disayangi kerana Allah
:’)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga didalam keadaan yang sehat jasmani dan rohani. Jasmani tu bila nak dia sehat, kita kena la selalu lakukan olah raga, jaga makan minum, jaga tidur (oppss) Sekrg ni tengah experience susah nak tido
..Tak tau la kenapa..Jaga solat..Solat itu bukan hanya menyehatkan rohani kita malahan anggota badan kita juga, kerana solat itu juga memerlukan pergerakan. Sistem peredaran darah juga akan mengalir secara teratur semasa kita sedang solat..Alhamdulillah
Terkadang ada juga orang yang menjadikan olah raga itu sebagai pelepas stress. Kononnya dengan berolah raga itu segala kekusutan akan hilang. Walhal yang sebaliknya, ia sepatutnya dijadikan sebagai salah satu ibadah kita kepada Allah
. Kan ibadah itu bukan hanya tertumpu kepada solat semata-mata. Dengan berolah-raga tubuh kita akan sehat dan Allah
sangat lah menyayangi hambaNya yang sehat.
Ok, pernah tak bila kita baca al-Quran, then bila kita baca tafsirnya..Then we feel that we just read that tafsir for the first time?Although, we’re most likely have come across that verse several times?
Pasti pernah kan?
But mungkin kita belum membaca sampai ke hati hingga kita terlupa tentangnya. Unlike, bila kita baca novel..sampai meleleh-leleh airmata, emosi pun terganggu..and sampai tua pun kita masih ingat part yang buat kita menangis itu. Yes?
Thats normal, but mungkin sekarang kita perlu lebih peka dengan apa yang kita baca itu. Especially ayat dlm al-Quran tu. If possible, semak la kisah disebalik penurunan ayat tu
I was reading my Quran, when i stumbled to this verse:
“Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang di ajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah
. Lalu diantara kamu ada orang yang kikir, dan barang siapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah
-lah Yang Maha kaya, dan kamulah yang membutuhkan (karuniaNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu.” 47:38
Kalau kita semak dalam tafsir ibnu katsir, Qatadah berkata: “Allah
Ta’ala telah mengetahui, bahawasanya dalam pengeluaran harta benda itu terdapat pengikisan kedengkian.” Benar apa yang dikatakan Qatadah, kerana harta kekayaan itu merupakan suatu hal yang dicintai, dan tidak dibelanjakan melainkan untuk suatu hal yang lebih dicintai seseorang daripadanya.
Penerangan setiap ayat:
“Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang di ajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah
. Lalu diantara kamu ada orang yang kikir.” yakni, tidak memenuhi seruan tersebut. Tak semua orang rela nak keluarkan harta dia. We always think that we have too much things to buy..and this is always been our top most priority.
“Dan barang siapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri.” Maksudnya, pahala akan berkurang darinya, dan akibat dari hal itu sudah pasti kembali kepadanya. If we want to get something, we need to give
Faham ke?Kena fikir sendiri
“Dan Allah
-lah Yang Maha kaya,” yakni dari segala hal selain diriNya, dan segala sesuatu sentiasa membutuhkanNya. Oleh kerana itu Allah
berfirman, “dan kamulah yang membutuhkan (karuniaNya), ” yakni sebenarnya kitalah yg perlu kepadaNya. Allah
Mahakaya sedangkan kita makhlukNya ini adalah disifati dengan miskin sebagai sifat yang lazim bagi kita dan takkan dapat dipisahkan dari kita.
Even dlm surah az-zariyat (51) : 57 – 58, Allah
juga telah berfirman: “Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kpdKu. Sungguh Allah
, Dialah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh.”
Dan firmanNya: “Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar),” yakni dari berbuat taat kpdNya dan mengikut syariatNya, “Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu.” Maksudnya mereka itu akan mendengar lagi taat kpdNya dan perintahNya.
Walaupun ianya cumalah satu ayat yang pendek, tapi bila kita duduk sebentar dan cuba untuk memahami kisah disebalik ayat tersebut pasti kita akan didatangkan perasaan gembira (bila ianya sesuatu yg menggembirakan), sedih (bila ianya menyedihkan), mahupun terharu dan perasaan lainnya. Inilah yang kita panggil sebagai mentadabbur ayat-ayat al-Quran
dan al-Quran ini sebenarnya ia akan memberi kita pelbagai perasaan, bukan baca novel saja boleh ada pelbagai perasaan, baca al-Quran pun juga
So, dont miss the opportunity to read your Quran everyday
Salam ukhwah,
AlFaruq,
HumairaAsSolehah
p/s: Semoga Allah
memberkati masa yang kita ada..Aamin.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Apa khabar wahai hati-hati yg sentiasa rindukan ketenangan?
Apa khabar iman? Ketika iman tidak lagi menyala, semakla kembali bagaimana ibadahmu..Mungkin saja kamu tidak lagi se”excited” dulu ketika mengerjakannya..Mata terasa berat untuk dibuka, badan susah utk bangun…Banyak hak2 duniawi yg perlu dilangsaikan..Walhal, kamu tidak boleh memperlekehkan akhiratmu..Manusia sering merasakan masih ada esok utk mereka..Bagaimana boleh kita rasa begitu? Teruslah bermuhasabah dan jangan biarkan diri kita sama seperti hari kelmarin.
Kadang-kadang terfikirkah kita bagaimana hati yg sudah disinari hidayah..namun bila kesibukan duniawi datang seolah-olah nya seperti hati itu tak pernah pun disentuh hidayah..Sekelip mata perasaan cinta dan rindu pada Allah
lenyap begitu sahaja..Entah dimana silapnya..Solat pun terabai..Astaghafirullah..Astaghafirullah..Astaghafirullah..
Semua ini tidak terjadi melainkan kerana hati itu sudah dilalaikan oleh dunia, hati itu mula tertarik dengan dunia..Benda yg lebih seronok terbentang didepan mata lalu hati mula berpaling..Betullah sekelip mata sahaja hati itu boleh berubah..
Adakah kalian sibuk sekarang? Sibuk sangat-sangat ke? Dah solat ke?
Ya, semakin hari kita disibukkan dgn bermacam perkara..I can say sampai baca Quran pun tak sempatkan?Astaghafirullah..We are all aware that we have 24 hours a day..Bila ditolak-tolak masa tidur, solat dan lainnya rasanya masih banyak masa yang tinggal dan masih sempat untuk baca al-Quran cuma kita yang tak mencari kesempatan itu.
Kebelakangan ini, saya mengira2 berapa tahun agaknya umur saya baru nak hafal 30 juzuk al-Quran ni. Seriously its not an easy thing, not unless you really work on it. Ianya memerlukan keazaman dan semangat yang kental, disamping dorongan dari org sekeliling kita…dan bila kita mampu melakukannya, itu memang satu pengalaman yang tak dpt dilupakan..Hati rasa ceria, solat kita jadi bertambah khusyuk, hati pun jadi bertambah tenang, insyaAllah.
Al-Quran mengajar kita berbagai perkara, darinya kita mengetahui begitu banyak kisah-kisah umat terdahulu, segala balasan baik dan buruk, malahan hukum-hakam sesuatu perkara itu juga ada tertulis didalam al-Quran. Cuma terpulang pada kita mahu menyemaknya atau tidak. Dari itu, kita perlu pujuk hati kita untuk mendekati al-Quran walaupun dengan hanya membaca satu muka sehari atau bila betul susah nak cari masa, bacalah walaupun satu ayat. Seriously, you cant live without it.
Pernah suatu masa, saya begitu teruja hendak menghafal the last juzuk. Alhamdulillah, memang hafal. Sayangnya, saya lupa..Not all but some of it. Mungkin kerana terlalu tergesa-gesa hendak menghabiskannya. Dari sana saya belajar, kita tidak boleh terlalu gopoh untuk menghabiskan bacaan kita, tapi kita perlu konsisten, membaca dan terus membaca dan lama-lama ia akan melekat dalam hati kita. Seterusnya, bacaan itu perlulah diulang-ulang. Jangan lupa untuk tahu ertinya sekali. Lama-lama insyaAllah, akhlak al-Quran akan tertanam juga dlm diri kita.
Ini semua bisa terjadi bilamana kita memahami isinya dengan hati. Hati itu juga harus peka. Bukan hati yang selalu leka dan mudah terlalai. Itulah makanya, kita harus selalu mendekatkan diri kita dgn Allah
dan al-Quran, sentiasa bersama dengan org2 soleh dan memperbaiki akhlak kita dari masa ke semasa.
InsyaAllah, berdoalah juga pada Allah
untuk membukakan hati kita supaya sentiasa ingin dekat denganNya. Dipermudahkan untuk menghafal, ditambahkan rasa cinta padaNya, dimudahkan untuk bangun tahajud dan sebagainya. Akhirnya, sampaikanla salam rindu kita pada teman-teman melalui doa rabithah, moga kita sama-sama dpt mendorong diri masing-masing untuk sentiasa melakukan yg terbaik dlm hidup ini. InsyaAllah
Salam ukhwah,
AlFaruq,
Humaira AsSolehah <3
p/s: Iman itu sifatnya yazid wa yankush. Perbaikilah imanmu selalu.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Apa khabar wahai jiwa-jiwa yang sentiasa dahagakan ilmu?Jiwa-jiwa yang sentiasa ingin berjuang? Ya, sudah lama saya tidak meng”update” blog saya ini..Terasa sayang jua beberapa bulan yang lalu tu coz banyak ilmu yg inda sempat di share kan di sini..Hopefully, my return ni akan dpt top-up semula apa yang i miss-ed..InsyaAllah
Actually, i want to create a new blog.. so that no one knows whose the writer..But then i put malay as my preferable language for that blog so what happened was all the instructions and everything was stated in malay and i couldn’t understand it..!!! Bukan lah semua inda faham..Like, if for all this while you’ve been trained to speak in english then tiba-tiba kena suruh cakap france, what will happen?Hehe..Example out sikit..Afwan!!!
Alhamdulillah, berbulan-bulan sudah berada di tanah air sendiri, so many things lah jua yg telah di lalui..Tapi inda la kan cerita satu per satu..Kadang-kadang mcm inda terasa jua..bulan berganti bulan dan sekarang pun sudah bulan april.. 0_0..Hari tu i worked sekajap at one of the private schools in Brunei..Alhamdulillah, it was a good working experienced
Kadang-kadang terfikir jua, apa yang sebenarnya yang hati ini mahukan..Cuba kamu tanya pada hati..and then cuba tulis all your wishes in a piece of paper..I believe penuh satu kertas putih dengan harapan-harapan kamu yang menggunung tinggi..Yes! Itulah manusia..suka ingin mencapai mcm2 perkara..Namun ada juga yang tidak tahu apa yang ingin dicapainya dalam kehidupan ini. Walhal kehidupan kita ini punya tujuan dan matlamat nya yang tersendiri.
Sometimes, i even feel that i haven’t given my best..YET..And di setiap melakukan pekerjaan atu, i always niat utk buat yg terbaik..How to rate “YANG TERBAIK” ani sebenarnya?Is it dari segi penerimaannya kah, penyampaiannya kah, usaha kita kah atau ada benda2 lain lagi yg perlu kita ambil kira??? I know kamu pun sedang memikirkan hal ani..
Pernah dgr inda bahawa keikhlasan itu adalah rahsia Allah
yang diberikan kepada hamba-hambaNya?
Bila someone atu gives something bnr2 kerana Allah
memang kita dapat feel lah kan?Tapi jgnlah bila kita inda rasa papa, kita ucap ia inda ikhlas k? Belajarlah untuk menerima..And yes, saya pun sdg belajar untuk menerima..Kita inda semestinya mendapat apa yang kita mahu, but kita pasti nya akan dapat apa yang kita perlu
Dont judge people..Better judge yourselves first!!!
Oh yes, im using my mother’s tongue here..Nanti la i said formally k..Sedang berusaha mengumpul semangat dan tenaga sekarang..Doakan ana istiqomah k..InsyaAllah, i’ll meet you in my next post…Till we meet, saling berbagilah dalam hidup ini
Salam ukhwah,
AlFaruq,
HumairaAsSolehah <3
p/s: Iman bertambah dgn amal kebaikan, berkurang kerana maksiat!!!
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah thuma Alhamdulillah, tidak lama lagi akan masuk tahun baru hijrah..Before, i thought tahun baru was 1st Jan each year, well its also called tahun baru but bagi orang islam tahun barunya adalah mengikut kalendar islam. Betapa jahilnya diriku tika itu..Disaat bumi diterangi dgn letupan bunga api, langit dihiasi dgn bermacam bentuk bunga api, manusia ketawa keriangan….kita lupa diseberang sana orang islam di tindas, rumah mereka dilemparkan bom, nyawa yang tidak berdosa terbunuh, ibu terpisah dgn anak dan mcm2 lagi..Ya Allah
:’(
Dulu, i like to listen to lagu Azab Ilahi – Irsyadee..Ada dlm liriknya cakap, “Ingat azab neraka, akan mengejarmu saat kau mati”..Terasa takut bila dengar..But dalam al-Quran lagi best because lagi banyak peringatan yang Allah
ingatkan disana..Memang banyak soalan bocor, rahsia syurga dan neraka, kisah kaum-kaum terdahulu dan sebagainya..Layaklah bila al-Quran menjadi manual kita dalam menjalani hidup ini.
I believe bila al-Quran sudah tertanam dilubuk hati setiap insan pastinya dia bisa menjadi “Al-Quran bergerak”..Sebagaimana Rasulullah yang mempunyai peribadi yg sangat sempurna dan baginda adalah contoh terbaik bagi seluruh manusia..MasyaAllah, subhanallah..Even if we read perjalanan hidupnya, pasti kita akan terharu, ternangis, ter”amaze” dan bermacam-macam ter lagi..Memang seorg yg sgt hebat..Ya Allah
, bantulah kami utk mencontohi peribadi Rasulullah..Tetapkanlah iman kami, tsabatkan kami, tetapkan hati kami..Tunjukkan kami jalan menujuMu ya Allah
.. :’)
So, sempena Tahun Baru Hijrah, let us aim for the best, to be a pure slave to Him, untuk memperbaiki diri kita, menambah amal-amal ibadah kita, disamping membanyakkan istighfar, selawat dan doa. Semoga kita semua akan berada dalam Redha Allah
dan syafaat Nabi Muhammad SAW..Aamin :’)
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
This doa dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Magrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yg membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah
binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah
ampunkan dosanya setahun.”
Maksudnya:
, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah
, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.
, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.DOA AWAL TAHUN BARU HIJRAH
This doa juga dibaca 3 kali selepas magrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.”
Maksudnya:
, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, hari ni Allah
gerakkan hati ana untuk solat di Masjid..dan Alhamdulillah juga Allah
temukan ana dengan sahabat-sahabat yg sentiasa bertakhta dihati ini.. :’) I always remember, Saidina Umar Al-Khattab said, “Pertemuan dgn sahabat itu menghilangkan duka.” Indeed!!! Ibarat separuh dari jiwaku melonjak kegembiraan although i cant express it totally but deep in my heart, im so happy..:’) Its been a while since im back…
I also dont know how to write it into words not even able to speak it :’(..Benarlah kata-kata yg pernah ana baca, “Jangan menilai orang, kamu tak tahu apa yang telah dilaluinya. Kamu mungkin mendengar ceritanya, tapi kamu tak tahu apa yang dirasakan hatinya…”Afterall, life has to go on.
“Airmata duka itu kadangkala ubat bagi sengsara, jika diadun dgn doa. Tuhan sering ditemui dlm derita lebih dari dalam gembira.” Dr Maza
Alright, i wanna talk about husnozhon actually. Husnozhon in malay is “BERSANGKA BAIK” dan lawannya ialah Su’uzhon iaitu “BERSANGKA BURUK”..Its easy to speak then done..Selalu saja kita suruh orang bersangka baik hakikatnya kita sendiri punya prasangka yang kurang baik pada sahabat kita..Sometimes, telinga hanya mendengar dari sebelah pihak, tanpa tahu kebenarannya, terus sahaja kita bermasam muka dan marah tak kena pada tempatnya pada sahabat kita itu..
Im talking to myself first..Because this is one of the things that can spoil every friendship. Seriously!!! Ya Allah
, selamat kan hati ini dari berprasangka buruk pada teman-teman. When we see our friend with a miserable face, we should ask their condition..Not until they explain the reason behind, stop being judgemental!!!
I think part kecewa maupun terluka memang sering kita rasai..Dan disinilah pentingnya untuk kita bersikap terbuka..Jangan sampai kita rasa yang kitalah penyebab utama sahabat kita jadi begitu, although sebenarnya kita memang terasa sgt..><..Dan kepada sahabat yang bermasalah itu, jgnlah sampai masalahnya itu menyebabkan dia bermuram durja sampai tak bertegur dgn sahabatnya yg lain..Ya, disinilah kita belajar utk mengawal emosi kita..Do we know, if we experience too much hypertension..it can improve the cancer cell in the body to grow?Yes, its a fact..I attended one of the briefing before regarding this matter and they explained it well.
Memang betul kita memerlukan ketenangan hati..Dan ketenangan hati itu kita temui dgn mengingat Allah
:') Kunci ketenangan, kebahagian dan keselamatan hidup hanya satu, iaitu taat kpd Allah
dan RasulNya. Bila hati sudah taat, anggota badan yg lain juga akan ikut taat.
Apa akan jadi bila kita bersangka buruk??? We waste our time!!! Why? Because 1. We dont know the truth, 2. We hurt others indirectly..Hati pun tak tenang, everything doesnt make sense..Dont you think so????
Serendah-rendah ukhwah ialah bersangka baik and still, only minority pass this. I remember reading about "why there is a gap between two hearts?" Because bila kita marah pada sahabat kita tu syaitan telah menjauhkan hati kita, kita akan bercakap kuat-kuat as if we cant see them infrontof us..hati kita at that time disconnected and rasa sayang pun hilang thus we cant feel them in our heart.
Let us now pray to Allah
to make our hearts soft and positive..Surroundings can affect the heart so take care of your eyes because everything that we see run to the hearts..Pokoknya semua mesti dijaga!!!
Semoga bermanfaat.
Salam Ukhwah,
Al-Faruq,
HumairaAsSolehah <3
p/s: Semoga redha Allah
yang kita cari.
Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah thuma Alhamdulillah..Kesyukuran yang perlu kita panjatkan pada setiap detik setiap masa..Terkadang kita ini mudah saja terlupa utk melafazkannya..Betullah bila dikata kita mampu bersabar ketika susah namun lupa untuk bersyukur bila senang..Sungguh alpanya diri..
Pastinya dalam membuat pekerjaan kita berharap dapat istiqomah dalam mengerjakannya..Apakah pengertian ISTIQOMAH? Berkata Saidina Umar Al Khattab, “Istiqomah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah
tanpa berubah-ubah seperti musang”…Maksudnya membuat suatu amal itu berterusan tanpa henti..No matter how small the deed is, just keep on doing it as long as it brings benefit to you or others. Like, senyum bila jumpa orang, bersedekah seringgit sehari, istiqomah dlm menjaga aurat and etc
Ertinya banyak lagi benda baik yang kita dpt buat, you can even list it..Just to make sure you do it..Keep it to yourselves if takut tertimbul riya or anything related to it
Di dalam jalan ini terutamanya, lebih-lebih lagi memerlukan keistiqomahan kita. Pernah seseorang share pada ana, katanya, ‘Orang yang istiqomah itu tidak akan takut tapi orang yang takut itu pasti tidak istiqomah’..It makes me think, trying to understand whats the hidden meaning behind it.
One day after i finished hiking..fortunately, i managed to achieve my target, not only that,i almost created another new record..I was like..wow..Oh, im not saying that im proud of myself here..One new analogy pop out of my head
When i first started to hike, i always trying to achieve my target and always i didnt manage to achieve it..But i still continue doing it until…..you get what i mean? Yes, got it!!!:) Mcm ani..hehe just in case, you didnt get i mean. Kan bila benda atu kalau kita inda selalu buat, yakin or beranikah kita ckp yang kita akan mendapatkannya? Pastinya indakan?Sudah kita keep on doing it day by day, barulah keyakinan kita semakin bertambah and dapat buktikannya..Fhm?? InsyaAllah
So dlm melakukan amal kita perlu sedaya upaya untuk melakukannya terus terusan sehinggalah ianya menjadi kebiasaan kita. Especially our “QIAMULAIL”..Dgn qiamulail itulah kita mendapat kekuatan jiwa. Siang kita sudah sibuk dengan kerja kita dan bermacam-macam hal..Dan Allah
menjadikan malam buat kita..Utk kita istirahat..dan di sepertiga malam terakhir untuk kita melaungkan masa bersamaNya
Its like refilling our energy and turn all out the next day…Kekuatan bukannya di lihat pada zahir sahaja, namun yg kita perlukan ialah kekuatan dalaman. Bila rohani kita kuat pastinya kita akan mampu melawan segala ujian hidup
Bila kita cinta pada Allah
, kita akan istiqomah
InsyaAllah, just a short sharing from me..Kita perlu didik diri kita..walau susah benda atu if kita berusaha pastinya akan senang jua kan? Ibarat air setitik yang menetes diatas batu setiap hari, bolehkah inda batu atu create hole? Pasti bolehkan? Atukan batu keras mampu dilembutkan air apatah lagi diri kita ani, insyaAllah
Banyak-banyak doa
Buat yang terbaik <3
Salam ukhwah,
Al Faruq,
Humaira Assolehah
p/s: Semoga sentiasa istiqomah..Amin
Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Pedang yang tidak mengenal mana musuh dan teman pasti akan menusuk siapa saja hingga nyawa yg tidak berdosa juga akan terbunuh..Saya bukan ingin bercerita mengenai peperangan disini..Pedang begitu sinonim dgn lidah yang kita miliki..Lidah adalah anggota dimana lisan bisa dituturkan..Sama ada kita menggunakannya utk menyampaikan kebaikan atau bicara yg langsung tidak mendatangkan manfaat. Itu adalah pilihan kita..Itulah sebabnya kita disuruh berfikir sebelum berbicara kerana bicara yg dilafazkan tidak mungkin akan bisa di tarik kembali.
Kerana lidah inilah juga yang menyebabkan ramai yg memilih utk meninggalkan jalan ini
..Yes! Kita perlu sedar bahawa tidak semua org itu punya hati yg sama. Ada yg ibarat kaca, ada yg seperti batu dan bermacam-macam jenis hati. Hatta dgn org yg kalian sudah kenal lama juga perlu utk beradab dlm berbicara.
I know i been talking about this quite often..Why?Its one of the things that affect me as well
..and Alhamdulillah, its because of the mercy of Allah
that He gives me mind that can think of the bad consequences that will happen if i take everything to heart..Sometimes, we need to be choosy. In what sense that we need to be choosy? I believe most of us will choose the best over the bad things
So, apabila kita mendgr apa yg diperkatakan kpd kita..Kita ambil yg jernih dan buang yg keruh..Org selalu ckp jangan simpan lama-lama dlm hati. Why? Because if you are keeping those bad things in your heart for tooooo long that means you are giving the chance for the devil to enter your heart and whispering all the bad devil talk such as leave your friend, do revenge and so on and so forth.
Manusia yg bersifat lemah, Allah
itu Maha Kuat. Manusia tidak mampu melebihi luasnya ilmu Allah
. Dalam sebuah hadits Qudsi mengatakan, “Tidak ada satu hari itu yg berlalu tanpa laut itu memohon utk menenggelamkan manusia..” Dan kerana kasih sayangnya Allah
pada kita, Allah
bilang, “Biarkan hambaKu..kerana Aku lebih tahu. Kalau manusia itu hamba kamu maka perlakukanlah sesuka hatimu..Tapi dia adalah hambaKu..” :’)..One of the things that makes my heart melts is knowing the fact that Allah
loveeeesss us soooooo much..so huge..so vast that no one can over take His love. And i always found my self immerse with the speech of Allah
that i feel i cant live without it. Alhamdulillah.
“Believers are those who, when Allah
is mentioned, feel a tremor in their hearts..” 8:2
Sahabatku yg dimuliakan…Bila saja hati kita terguris, mohonlah ampun pada Allah
. Mungkin dulu kita seperti itu juga.. Tak jaga hati org..No one perfect but everyone strives to be the best and you dont need to be perfect to inspire others. Let people get inspired by how you deal with your imperfection
. And you know what? The more pain you get in life; the more you become special.
Perlu ingat juga kecantikan tak akan mendatangkan manfaat jika lisanmu tidak terjaga. Semuanya juga berpunca dari hati kerana hati adalah raja segala anggota. Jadilah raja yg baik, raja yg sentiasa menjaga hubungan dgn Allah
. Biar kita melihat dgn mata Allah
, memegang dgn tangan Allah
, berbicara dgn lisan Allah
..
Akhir nya, marilah sama-sama kita berdoa semoga diteguhkan langkah kita dijalan ini, semoga tetap istiqomah menjalankan perintahNya dan semoga hati-hati kita akan sentiasa bertaut dgn adanya iman dalam hati.
Salam sayang dari insan yang juga sedang berusaha menjaga hati <3
Salam ukhwah,
Al-Faruq,
HumairaAsSolehah.
p/s: “Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka mereka menyiapkan utk diri mereka sendiri (tempat yg menyenangkan) .” Ar-Ruum: 44
Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Seringkali bila kita di timpa ujian..kita terasa sangat sedih..Namun kesedihan itu telah mengajak kita secara indirect utk lebih mendekatkan diri kpd Allah
lagi..Dgn ujian itulah keyakinan dan kepercayaan kita akan pertolongan Allah
semakin bertambah..Doa demi doa kita panjatkan pada Allah
, syahdu dan sayu beserta ratapan pilu menyesali kelemahan diri..Suatu saat tiba bila kita merasa Allah
seperti tidak mendengar permohonan kita..Pertolongan yg kita harapkan dari Allah
seperti tidak kunjung tiba..
Semakin sedih lagi..><…Kenapa Allah
buat aku begini??? Ya Allah
, apakah dosaku??? Sebelum kita berputus asa cuba baca cerita ini..
Disebuah kampong ada seorg Sufi..Yg sungguh wara’, sentiasa beribadah kpd Allah
..Suatu saat dikampung tempat Sufi tgl itu telah dilanda hujan yg lebat sehingga menyebabkan banjir..Lalu pasukan bomba pun bertungkus lumus utk membantu org memindahkan org kampung ketempat yg lebih selamat..Namun si Sufi itu tidak mahu di pindahkan. Sudah puas ahli bomba memujuknya..Namun bila di tanya, Sufi itu akan menjawab, “Aku yakin Allah
akan menolongku”..
Ketika paras air semakin meningkat, ahli bomba datang lagi memujuknya utk berpindah ke tempat yang lebih selamat..Kali ini, sufi menolak juga kerana keyakinannya yg teguh Allah
akan membantunya…
Hujan seperti tidak menunjukkan tanda akan berhenti..Sehinggalah Sufi terpaksa naik keatas bumbung rumah utk menyelamatkan dirinya..Kerana paras air sudah terlalu tinggi..Ahli bomba pun datang lagi..Kali ini dgn menggunakan helikopter..Mereka memberikan tali utk Sufi itu memegangnya..Kali ini..Sufi berkeras lagi sambil mengatakan yg Allah
akan membantunya..
Akhirnya, Sufi itu pun meninggal dunia..
Ketika di syurga, Sufi itu bertanya kepada Tuhannya..”Wahai Tuhanku, mengapa tidak Engkau berikan pertolongan kpdku saat banjir melanda kampungku.” Lalu Tuhan pun menjawab..”Aku sudah pun memberikan pertolongan kpdmu. Aku telah menghantar pasukan bomba utk membantu memindahkan mu ketika air mulai naik..Aku juga menghantar helikopter utk memindahkanmu ketika paras air sudah semakin kritikal.”
Nah, skrg barulah Sufi itu sedar yg Allah
telah datang membantunya..
Begitu jugalah kita sahabatku..Tatkala kita berdoa memohon kpd Allah
..Allah telah memberikan pertolongan kpd kita sebenarnya..Cuma kdg kita yang tak perasan itulah dia pertolongan dari Allah
..Terkadang kita melihat dunia ini dari skop yg kecil sj..We have a whole globe..but the only things that we can see is just a small like needle hole..Open your eyes and see those opportunities that awaiting you
..
Tidak semestinya bila kita memohon kekayaan dari Allah
, yg turun itu wang ringgit..Bukankah Allah
itu Maha Bijaksana..Allah has His own ways to fulfill your needs..So, teruskan berdoa, berdoa dan terus berdoa..InsyaAllah, pertolongan Allah
pasti akan tiba
Salam ukhwah,
Al-Faruq,
HumairaAsSolehah <3
p/s: Ya Allah
, tsabatkan aku dijalan ini..Amin.
Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Apa khabar Ukhtun fillah?:) Semoga sehat jasmani dan rohani. Memang sangat penting untuk menjaga kesihatan kita kerana dengan tubuh badan yang sehat kita dapat melakukan ibadah dengan baik. Hmm..tiba-tiba hati kecil ana terasa sedih pulak membayangkan orang yang sudah terlalu uzur dan hanya mampu menunaikan solat dengan menggerakkan matanya. Bila kita sudah terlalu sakit pastinya airmata kita akan sering menetes dan disanalah timbulnya kesedaran betapa sementaranya dunia ini..Namun janganlah bila sakit baru nak sedar..Sedarlah sebelum diri dibaluti kain putih.
Selesai menunaikan solat subuh tadi, ana membuka tingkap..Sudah terdengar kicauan burung-burung..Semangatnya mereka, i wonder bagaimana mereka boleh awal bangun dan mencari rezeki in a flock..But us..dengar alarm utk bangun solat subuh..kita asyik2 nak snooze saja..Seandainya kita tahu betapa nikmatnya bangun pagi untuk solat dan bertahajud pada Allah
itu..Pastinya kita tidak ingin terlepas daripada menunaikannya. Ingatlah, Allah
akan turun disepertiga malam untuk mencari mana hambaNya yang berdoa padaNya supaya dapat dikabulkanNya.
Yes, people always look for reward. Even so, masih ada yang melalaikannya. Sudah sering Al-Quran menceritakan tentang faedah-faedah solat dan ganjaran-ganjaran yang akan mereka terima, juga sudah terlalu banyak peringatan yang membingitkan telinga telah datang pada kita…Astaghafirullah…kenapa masih leka?
Ana juga terfikir, sempat ke tak ana menerima kedatangan tetamu yang agung iaitu bulan Ramadhan???Semakin dekat semakin rindu.. :”) Dibulan rejab ini lah kita membuat persediaan. Its like a training for us…Ya Allah
, mudahan berpeluang untuk bertemu ramadhanMu. Tidak tertanggung lagi rasa rindu dihati ini :’)
,Rejab adalah bulan menabur benih,
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan,
manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan),
Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah
. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Walau tak disisi keluarga tercinta, sahabat handai..rakan dan taulan..Ku tetap ingin bertemumu..Ramadhan.. :’) Lets strive for the best!!!
…Tetaplah didik hati ini..Biarku teruskan perjuangan sehingga nyawa ku diambil. Matikanlah hamba dalam husnol khatimah..Amin..














