Just another Hadithuna – Muslim Blogs weblog

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh :)

Apakah khabar Wahai Saudara/i ku yg lembut hatinya? ;) Alhamdulillah, kalau baik2 sahaja.. Moga sentiasa dalam limpahan rahmat serta hidayah dariNYA jua.. Alhamdulillah, Everytime, ana buka blog ani, mcm makin increase ja pembacanya tu. Inda tahu lah org yg sama kah atau org baru.. hehe.. Apa-apa pun ana harap semua info yg ana sampaikan bermanfaat utk kalian.  Sudah menjadi  tanggungjawab ana dan antum utk menyampaikan  segala yg baik utk di jadikan peringatan kepada umat manusia :) Sebagaimana juga, Allah (SWT) telah berfirman dalam surah Al-Gasyiyah:21

“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan”

Alhamdulillah, hari ni kan share pasal hubungan dgn Allah (SWT) as well as hubungan dgn Manusia. Apa bezanya?Perlu selarikah? Yg mana lebih penting?Macam mana menjalankan hubungan dgn Allah (SWT)?

Ya, Solat adalah salah satu perkara PENTING yg perlu kita jaga. Dari subuh sampai isyak. Semuanya Lima waktu yg WAJIB ditunaikan setiap hari. Tapi solat bukan sebarang solat, bukan solat di hujung waktu. Melainkan solat itu perlu di tunaikan di awal waktu :) . Sudah kita biasa tunaikan solat lima waktu, tambah-tambah lagi dengan solat sunat rawatib dan solat sunat lainnya. Kalau subuh dan asar yg sunat muakad(sunat yg dituntut) is sunat qabliyah. Kalau Magrib dan Isyak yg sunat muakad is Sunat ba’diah (after solat).  Solat sunat yg lainnya seperti Sunat tahajud, hajat, istikharah, taubat,tasbih, dhuha, witir dan banyak lagi :) Kalau kita biasa dah buat/tunaikan solat-solat ni, kita akan rasa seronok.. :D .. Bangun qiamulail(solat malam) is one good thing jua. The time when we really feel Allah (SWT) is close to us. Allah (SWT) pun turun lelangit dunia masa ni utk kabulkan doa2 hambaNYA. Semakin kita rajin solat, semakin terjaga diri kita. Rasa semakin dekat Allah (SWT) tu dengan kita. Allah (SWT) pun cakap, kalau kita ingat pdNYA, Allah (SWT) akan ingat pada kita :’). Beside solat boleh kawal diri kita dari buat jahat. Sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” :)

Malu jua kalau kita solat, tapi buat perkara buruk, jangan aa~~ :( .. Macam mana lagi kan jaga hubungan dengan Allah (SWT) ni? ;) .. Bersihkan hati kita drpd Sifat-sifat mazmumah (sifat yg buruk). Seperti riya’, sum’ah (minta puji), inda ikhlas, mengumpat, berdusta. Jangan sampai hati kita penuh terisi dengan sifat-sifat yg menggelapkan hati ni. Kelak hati kita akan terpesong dan jauh dari ingatan kepada Allah (SWT), nauzubillah~~.

Berpuasa, antara cara utk dekatkan diri kita pd Allah (SWT) jua.  Berpuasa bukan bulan ramadhan sj… ;) Puasa sunat Isnin dan khamis. Doa org yg berpuasa makbul. Memang payah bg yg inda biasa. But cuba dulu dalam seminggu tu, kita puasa Isnin dan Khamisnya. Lupakan segala breakfast dan lunch yg kita biasa having during that day.. Dijamin terasa keseronokannya ;)

Oh ya, kita selalu kan bila mata celik ja after bangun tidur pagi. Mesti banyak kaja kan dibuat. Kan uruskan itulah, kan uruskan inilah.. Why not luangkan masa untuk solat dhuha? ;) Apa solat dhuha ni? Not long after matahari naik, dalam 20 minit so so.. masuklah waktu solat dhuha.. sampai before Zuhur.. Bh, cuba cek kalendar yg ada waktu sembahyang, esuk solat dhuhanya start pukul berapa ;) .. Nabi SAW pun solat dhuha jua. Inda ramai yg snggup tglkan maa sibuknya utk solat dhuha ni. Org yg menjg solat dhuha ni pasti menerima segala fadhilatnya. Kalau antum cek doa solat dhuha mesti antum rasa wowww~~.. :D .. Even masa 1st tym ana tahu pun ana feel  macam ceria, seronok sgt2.. Tapi still pulang boleh baca doa lain ;)

Nah, satu perkara ni mesti ada yg selalu lupa kan buat ni ;) Apa yg selalu kita lupa buat nah? Makan mana pandai lupa tu.. hehe.. Kita kdg lupa kan selawat ke atas Rasulullah SAW. Padahal org yg SELALU berselawat pada Nabi Muhammad SAW akan mendapat syafaat di akhirat kelak. Sekali kita selawat dapat sepuluh pahala. Banyakkah inda tu?.. Banyakkan :) .

Dan I’Allah (SWT) yg terakhir (banyak lagi sebenarnya), Makan makanan yg halal dan jauh dari syubhah. Ertinya jangan makan makanan yg diragui kehalalannya. Macam kalau ada org bg, then kita inda yakin halal kah inda.. better jangan makan la k :) . Iath yg lebih seronoknya kalau makanan atu kita yg buat sendiri, gerenti halalkan? ;) ..

Alhamdulillah, I’Allah (SWT) sampai sini sj hujah ana dalam usaha kita utk menjaga HUBUNGAN DENGAN Allah (SWT). Kalau kita jaga hubungan denganNYA, Allah (SWT) akan jaga hubungan kita dengan MANUSIA. Jadi kalau ada something wrong dengan our relation, back to Allah (SWT). Bukan sj dengan manusia, tapi perkara-perkara lain pun jua. EVERYTHING ALWAYS BACK TO Allah (SWT). Sedangkan kita diciptakan olehNYA dan hanya kepadaNYA kita akan kembali suatu hari nanti.

Jangan sampai kita jadi org yg tidak tahu “berterima kasih”, sebagaimana firman ALLAH:

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12)

Nauzubillah~~

Semoga bermanfaat :)

Salam Ukhwah :)

Maafkan salah dan silap.

Jaga diri, Jg Iman.. Biar tetap mantap, I’Allah (SWT) :)

Zulaikha_Humaira <3


Posted by on March 8th, 2010 at 9:33 pm


 

Spam protection by WP Captcha-Free